SemQuit Program | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» ACTIVITIES » SemQuit Program

ACTIVITIES

Event Title
SemQuit Program
Date
07 Feb 2018 - 07 Feb 2018
Time
08.30 - 12.30
Location
mQUit Clinic, Level 2 Block B, University Health Center
Event Summary
Program mQuit
Pusat Kesihatan Universiti

Pusat Kesihatan Universiti menyambut baik mandat yang diberikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris untuk menjadikan UPM sebagai kampus bebas tembakau seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan pelajar dan staf.
Sehubungan itu PKU akan memulakan Program mQuit pada 24 Januari 2018 bagi membantu warga kampus untuk berhenti merokok serta meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok. MQuit akan beroperasi berpandukan sistem temujanji yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian serta dibantu oleh Ketua Jururawat/Penolong Pegawai Perubatan.
Sila hubungi nombor tertera pada waktu pejabat untuk membuat temujanji:
03-89468481 : Sr Nurhazalina Mohamed
Operasi Program mQuit adalah seperti butiran dibawah :
Minggu ke – 2 : 8.30pagi – 12.30pagi
3petang – 5petang
Minggu ke – 4 : 8.30pagi – 12.30pagi
3petang – 5petang
Tempat : Klinik mQuit, Tingkat 2 Blok B,
Pusat Kesihatan Universiti
Khidmat yang ditawarkan adalah kaunseling dan pendidikan kesihatan secara individu. Setiap perokok yang bermotivasi untuk berhenti merokok akan dinilaikan tahap ketagihan terhadap nikotin melalui soalselidik Fagestrom.
Selain itu, parameter klinikal lain seperti tekanan darah, berat badan, peak expiratory flow rate (PEFR) dan penentuan kandungan karbon monoksida (CO) melalui alat breath analyzer turut dijalankan pada hari temujanji.
Peserta diberikan temujanji susulan setiap satu hingga dua minggu dan perkembangan mereka dipantau sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan. Peserta yang berjaya berhenti merokok selama tempoh 6 bulan dianggap berjaya berhenti merokok.
Klinik mQuit juga akan menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan kesedaran bahaya merokok dan menawarkan khidmat untuk membantu perokok meninggalkan tabiat tersebut. Kempen cara hidup sihat serta motivasi juga akan diberikan untuk perokok sediada untuk berhenti.

Updated:: 02/03/2018 [izzatussofia]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468867/7342
0389468878
C1534801995