Amaran Cuaca Panas Dan Jerebu | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Amaran Cuaca Panas dan Jerebu

Amaran Cuaca Panas dan Jerebu


INFO JEREBU

Negara kita dilanda masalah jerebu lagi dan sebagaimana yang kita sedia maklum ia boleh menyebabkan masalah kesihatan di kalangan orang ramai.

Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan ialah :

1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3. Mata terasa pedih dan berair.
4. Hidung berair dan kerap bersin.
5. Kulit badan terasa gatal-gatal.

Sebagai langkah untuk mencegah penyakit akibat jerebu, anda dinasihatkan untuk:

1. Hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk (terutamanya mereka yang mengidap asma, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik)

2. Golongan yang berisiko tinggi (pesakit asma, pesakit jantung, pesakit paru-paru kronik, kanak-kanak dan orang tua) dinasihatkan untuk menggunakan topeng muka (face mask) apabila berada di luar rumah.

3. Penunggang motosikal, pekerja yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk juga dinasihatkan untuk menggunakan topeng muka (face mask).

4. Mengelakkan semua jenis aktiviti luar (outdoor activities).

5. Tidak merokok sama sekali.

6. Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7. Menggunakan penyaman udara di dalam kenderaan.

8. Meminum air yang banyak.

 

 

 

Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa menujuk kepada nilai IPU semasa sebelum menjalankan aktiviti luar :


Bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU)
 Status  Tahap Pencemaran   Langkah-langkah pencegahan dan  Kawalan Kesihatan 
 0-50  Baik Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum
• Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
• Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.
 
 51-100   Sederhana Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum 
• Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
• Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat
101-200  Tidak sihat  Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi
• Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
• Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
• Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.
201-300  Sangat tidak menyihatkan   Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi  
• Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
• Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
• Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
• Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
• Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
• Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
• Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
301-400 Berbahaya Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
• Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
• Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
401-500  Berbahaya  Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. 
• Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
500 ke atas  Darurat  Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan. 
• Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
• Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa
 

 

Sila rujuk :  http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183  untuk maklumat selanjutnya berkaitan jerebu.

Anda boleh mendapatkan topeng muka (face mask) di farmasi ataupun pasaraya yang berdekatan dengan anda.
 
Disediakan oleh :
Seksyen Kesihatan Umum
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Putra Malaysia
11 September 2015


Tarikh Input: | Kemaskini: | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEYFAO~