| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

AWAS!! PENULARAN DEMAM KEPIALU SEMASA MUSIM BANJIR

Berdasarkan laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia: Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 13 November 2017 sehingga Mac 2018. Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan bersiap sedia dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web dan sentiasa berwaspada dengan aras-aras amaran di Stesen Aras Air

Banjir adalah medan penularan penyakit berjangkit antaranya seperti penyakit demam kepialu yang berpunca dari bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain. 

Cara-cara Demam Kepialu Merebak 

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  • Menggunakan bekalan air tidak bersih.

 

Tanda-tanda dan Gejala 

  • Demam panas berpanjangan
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Mata layu dan cengkung
  • Tidak sedarkan diri dan meracau
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

 

Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu semasa musim banjir 

  1. Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
  2. Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
  3. Kupas kulit buah-buahan sebelum makan, elakkan dari memakan sayur mentah, gunakan air yang bersih semasa membasuh sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dan semua peralatan semasa penyediaan makan dan minum

 

 

Segera mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan/hospital berhampiran atau HUBUNGI TALIAN KECEMASAN 24 JAM PKU di 03-89467332 sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti berikut!!!!

 

Sumber dari:

Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.myhealth.gov.my/banjir-dan-risiko-penyakit-berjangkit/

Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my

Stesen Aras Air http://publicinfobanjir.water.gov.my/

SXDdIAH~