| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

LAWATAN DARI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Pada 15 Oktober 2019 jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi , Pusat Kesihatan Universiti UPM dikunjungi oleh staf Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dari Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai perkhidmatan fisioterapi dan juga perlatan-peralatan yang disediakan di PKU UPM. Ini kerana PKU UKM sedang di dalam perancangan untuk menubuhkan Unit Fisioterapi di UKM bagi memberi manfaat kepada seluruh warga kampus UKM Bangi.

Lawatan sambil belajar ini diketuai oleh D. Mohd Azman Abas( Ketua, Pusat Kesihatan UKM) bersama-sama 3 staf yang lain yang terdiri daripada En Kamaruddin Abdollah ( Ketua Pentadbiran), Dr Junaidi Ab Rahman ( Pegawai Pergigian) dan Dr. Masdalina Azhari( Pegawai Perubatan). Semoga hasrat dan tujuan lawatan ini mencapai objektif. 

 

 

SXESJAZ~