| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Lawatan Penandaarasan Pasukan Teras Hospital Universiti Malaysia Sabah ke PKU

Pusat Kesihatan Universiti UPM telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan penandaarasan dari pihak Pasukan Teras Hospital Universiti Malaysia Sabah pada 5 Oktober 2017.

Lawatan satu hala ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan tugas Pusat Kesihatan Univerisiti UPM bersama-sama dengan pasukan lawatan. Wakil dari PKU yang hadir termasuklah Ketua-ketua Perkhidmatan Utama, AJK Pengurusan PKU dan wakil staf.

Para pelawat diberikan penerangan mendalam mengenai PKU UPM oleh Dr Fauziah Adnan selaku Ketua Pusat Kesihatan Universiti UPM. Para pelawat kemudian dibawa ke bahagian-bahagian utama PKU dan diberikan penerangan lanjut oleh wakil-wakil bahagian. Lawatan bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada kira-kira jam 5 petang. 

Diharapkan lawatan penandaarasan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara PKU dan HUMS pada masa kini dan seterusnya.

Laporan oleh: Dr Ahmad Syahid

  

SXDdSAB~