| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

MAJLIS GEMILANG & SAMBUTAN HARI PEKERJA 2018

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2018 telah diadakan pada 3 Mei 2018 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahhudin Abdul Aziz Shah, UPM.

 

Selain majlis meraikan penerima anugerah, Universiti Putra Malaysia turut mengadakan sambutan Hari Pekerja 2018 serta Majlis Menandatangani "Ikrar Bebas Rasuah".

 

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) amat berbangga dengan semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah mempamerkan kecemerlangan sepanjang tahun 2017. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017 adalah seperti senarai di bawah :

 

1)   Dr. Arma Mohd Noor

2)   Dr. Dasrilsyah Syahrial

3)   En. Desrezuan Abd Majid

4)   Pn. Angele Devi A/P Manickam

5)   Cik Mageswary A/P Ponnayah

6)   Pn. Maslisa Abd Majid

7)   En. Mohd Arif Mohamad Nazary

8)   En. Muhammad Athuf Azhar

9)   En. Muhammad Elya Saffuan Mohd Zahari

10) Cik Norafidatul Asni Zamani

11) Pn. Nur Wahida Abdul Rahman

12) Pn. Sharul Afzan Mohd Said

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) juga merakamkan penghargaan terima kasih atas bakti yang ditaburkan oleh penerima Anugerah Bakti Putra. Penerima Anugerah Bakti Putra tahun 2017 dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) adalah seperti berikut:

 

1) Pn. Angele Devi A/P Manickam

2) Sr. Norafza Shafie

Selain daripada 2 anugerah diatas, UPM juga menganugerahkan Anugerah Setia Putra kepada staf yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Penerima Anugerah Setia Putra tahun 2017 dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) adalah Dr. Fauziah Adnan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!!

SXETOAc~