PKU | EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI PKU. | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PKU | EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI PKU.

PKU | EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI PKU.

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Kempen AMAL EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM telah sempurna dilancarkan pada tanggal 21 April 2017 oleh YBhg. Dr. Hjh. Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan UPM merangkap Penaung kempen ini. Ucaptama majlis ini telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Dasrilsyah Syahrial selaku Pengerusi EKSA PKU UPM. Hari EKSA PKU telah ditetapkan pada hari Jumaat setiap minggu, di mana semakan amalan EKSA akan dijalankan berdasarkan keperluan piawaian yang telah ditetapkan oleh Buku Panduan EKSA PKU UPM. Kami berharap pelaksanaan EKSA di Pusat Kesihatan Universiti ini dapat memberi imej baharu terhadap PKU dan menyemarakkan lagi daya kreativiti warga PKU serta menyumbang ke arah kempen "Kampus Hijau" Universiti Putra Malaysia. Bersama AMAL EKSA!

      

Tarikh Input: 13/06/2017 | Kemaskini: 30/08/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUVAk~