| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

PROGRAM SINGGAH SAHUR BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK – ANAK YATIM DAMAI KUANG

 

Rawang, 26 Mei 2018 – Seramai 8 orang staf Pusat Kesihatan Universiti telah membuat kunjungan Program Singgah Sahur ke Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Damai Kuang yang dianjurkan oleh Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia (PPUPM).

 

Program Singgah Sahur ini bertujuan menyelami dan memahami kehidupan anak-anak yatim agar kita rasa lebih bersyukur. Seawal jam 3.30 pagi staf PKU bersama-sama 25 orang staf UPM telah bertolak ke Rawang dan tiba pada jam 4.20 pagi. Setibanya di Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Damai Kuang persiapan bersahur dan sumbangan beras telah diberikan kepada Pengetua. Pada jam 4.45 pagi, anak-anak telah dikejutkan untuk bersahur bersama-sama staf dan sekaligus menunaikan Solat Subuh berjemaah di Surau yang tersedia.

 

Program ini turut disertakan sumbangan wang tunai kepada Pengetua serta sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan program ini diakhiri dengan sesi fotografi bersama-sama anak –anak yatim dan staf UPM.

 

Diharapkan program ini dapat diteruskan setiap tahun agar staf PKU khususnya Staf UPM dapat memupuk semangat sukarelawan dan membantu golongan yang memerlukan dalam masa yang sama dapat memberi keceriaan kepada mereka menjelang syawal yang bakal tiba.

 

SXETRA2~