| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Upacara Penyerahan Tugas dan Tanggungjawab bagi Pelantikan Ketua Pusat Kesihatan

Upacara Penyerahan Tugas Ketua Pusat Kesihatan UPM Baharu


Upacara penyerahan tugas dan tanggungjawab dari mantan Ketua Pusat Kesihatan Universiti Dr. Hj. Yahaya Abu Ahmad, kepada Ketua Pusat Kesihatan Universiti yang baharu, Dr. Hjh. Fauziah Adnan, telah menyaksikan satu kesinambungan dalam kecemerlangan organisasi pentadbiran dan pengurusan PKU dalam mengekalkan kecemerlangannya sebagai sebuah pusat kesihatan dalam bidang "Primary Care" yang menyediakan perkhidmatan Perubatan dan Pergigian setaraf negara maju.

Dr. Hjh. Fauziah secara rasmi mengetuai dan meneruskan legasi kepimpinan di PKU bermula pada tarikh 4 Februari 2016. Sukacitanya kami warga PKU mengucapkan jutaan tahniah dan Selamat Maju Jaya di atas pelantikan ini. Semoga PKU akan terus menjadi yang terbaik, kekal cemerlang dan relevan di bawah pentadbiran beliau. 

SXDcVAG~