Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan

Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan merupakan unit selia-urus bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, yang merangkumi pemeriksaan kesihatan elektif yang disediakan bagi kemudahan para pelajar semasa dan pelajar baru, staf UPM serta orang awam yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Unit ini melaksana dan mengawas proses-proses yang terlibat sepanjang sesebuah pemeriksaan dijalankan. Kesemua borang akan disaring dan pemeriksaan-pemeriksaan yang diperlukan akan dijalankan. Para pegawai perubatan dan pegawai pergigian di Pusat Kesihatan Universiti UPM akan memastikan pemeriksaan kesihatan anda diberikan perhatian terbaik. 

 



SR SALMAH UZAIRI
Ketua Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan
Ketua Jururawat

T - 03 9769 7342
E - saluzairi@upm.edu.my



Sila klik pautan untuk maklumat lanjut: Pemeriksaan Kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti UPM