MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA KALI KE-10 | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA KALI KE-10

MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA KALI KE-10

MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA KALI KE-10

Oleh: Nur Ainaa binti Muhamad Isa
Gambar: Muhamad Nazari Ismail

Serdang, 18 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) kali ke-10 di mana ia telah melibatkan seramai 1004 orang kadet dan pegawai iringan dari pelbagai institusi awam dan swasta.

Majlis Penganugerahan ini melengkapkan silibus yang telah ditetapkan selama tiga tahun untuk melayakkan anggota Kor SISPA dianugerahkan pangkat tersebut. Penglibatan pelajar Kor SISPA ini berjaya meluaskan pengalaman di samping membentuk ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills). Di antara pertandingan yang dijalankan sepanjang 4 hari tersebut adalah Kawad Kaki, Road Accident Management (RAM) dan SISPA Challenge.

Pusat Kesihatan Universiti, UPM (PKU) yang diketuai oleh Dr Latinah Mohamad dan Dr Suhaila sebagai Ketua Logistik telah menghantar seramai 38 orang  paramedik yang terdiri dari pelbagai jawatan, terutamanya  di dalam penyediaan ubatan bagi kes-kes kecemasan dan kecederaan , memantau keselamatan makanan peserta,  dan persekitaran bagi mengelakkan kes demam denggi.

Pasukan paramedik PKU juga telah berpeluang bekerjasama dengan anggota perubatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  yang secara tidak langsung memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada petugas terlibat.

Date of Input: 30/08/2019 | Updated: 30/08/2019 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEZHA4~