Ministry Of Health Malaysia's Acknowledgement On EBOLA Virus | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Ministry of Health Malaysia's Acknowledgement on EBOLA Virus

Ministry of Health Malaysia's Acknowledgement on EBOLA Virus


Please click here to view Ministry of Health Malaysia's media statement on EBOLA virus infection and http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs103/en/ for World Health Organization media statement in regards to this matter and http://www.who.int/csr/disease/ebola/ebola-faq.pdf for FAQ on EBOLA infection.


UPDATES ON EBOLA

UPDATE 15/8/2014: Malaysian Director General of Health on Ebola infection at
http://kpkesihatan.wordpress.com/category/communicable-disease/ebola/

UPDATE 4/9/2014: Ebola death toll jumps to more than 1900 deaths. http://news.malaysia.msn.com/top-stories/ebola-death-toll-jumps-to-more-than-1900-who-2



UPM University Health Centre bulletin announcement on EBOLA epidemic:

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Warga UPM yang dihormati,

Pusat Kesihatan Universiti sebagai pusat rujukan dan sumber kesihatan warga UPM ingin memaklumkan mengenai penularan wabak virus EBOLA (EVD) di beberapa negara Afrika Barat. Mengambil maklum kenyataan akhbar oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada 6 Ogos 2014, sehingga kini di Malaysia, tiada kes EVD yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaubagaimanapun, menyedari risiko penularan virus ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan langkah-langkah pencegahan dan pengawasan dilakukan oleh institusi dan individu. Di antara langkah-langkah pencegahan penting bagi membendung wabak ini adalah:

1)      Mengelak dari individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan EVD seperti demam tinggi berpanjangan, merah mata, muntah-muntah, sakit perut atau pendarahan dari rongga-rongga.

2)      Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran terutamanya kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih.

3)      Mengelak dari bersalaman dengan individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan seperti di atas.

4)      Mengelak dari terdedah kepada makanan tercemar, pakaian atau cecair badan (najis, muntah, air liur, air kencing dan lain-lain) oleh individu yang disyaki mempunyai gejala jangkitan virus EBOLA.

Pusat Kesihatan Universiti akan terus menyalurkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan wabak ini dan isu-isu berkaitan kesihatan melalui buletin UPM, laman sesawang PKU (http://www.pku.upm.edu.my) dan media sosial (FB Pusat Kesihatan Universiti UPM dan Twitter @pkuupm).

Sila layari pautan http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/560 bagi kenyataan akhbar rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai wabak ini dan wabak Demam Denggi, dan pautan http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs103/en/ bagi kenyataan media oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai jangkitan virus EBOLA.

"Berilmu Berbakti”

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM.




  

Updated:: [syahid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468867/7342
0389468878
C1506184376