Rawatan Salur Akar

root canal treatment

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak dapat dibersihkan melibatkan pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau telah mati dan tidak perlu dicabut supaya gigitan dan fungsi gigi di dalam rahang dapat dikekalkan.

Ini merupakan salah satu kaedah untuk menyelamatkan gigi asal, dan di antara kelebihan perosedur ini adalah:

  • Menjadikan proses kunyahan lebih efisyen

  • Kekuatan gigitan dan deria rasa yang normal

  • Bentuk dan rupa semulajadi

  • Melindungi gigi lain daripada digunakan berlebihan 



Apakah akibatnya jika rawatan salur akar tidak dilakukan?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk

  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut

  • Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian