Pencabutan Gigi

tooth extraction

Apa itu pencabutan gigi?

Pencabutan gigi adalah salah satu prosedur mencabut gigi yang telah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi


Kenapa gigi perlu dicabut?

  1. Kerosakan atau karies teruk
  2. Penyakit gusi lanjut (periodontitis) yang dikaitkan dengan kelonggaran gigi
  3. Melibatkan patologi (sekiranya gigi yang berkenaan berada di dalam atau berhampiran ketumbuhan, sista atau fraktur tulang rahang)
  4. Gigi yang terbenam/ terimpak yang dijangkiti secara berulang atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran
  5. Pulpitis (keradangan tisu pulpa di dalam struktur gigi)
  6. Sebahagian daripada rawatan ortodontik
  7. Gigi yang fraktur/ patah
  8. Apabila gigi (gigi susu) belum diganti oleh gigi kekal


Apakah yang perlu dan tidak perlu dilakukan selepas mencabut gigi?

PERLU DILAKUKAN

  • Rehat selepas mencabut gigi
  • Gigit kain kasa (gauze) yang diberikan ke atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 1 jam selepas atau sehingga penderahan berhenti.

cabut gigi

  • Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan
  • Makan makanan yang lembut seperti bubur dan minum minuman yang sejuk
  • Berkumur dengan air garam dibenarkan selepas 24 jam cabut gigi kerana ia membantu mengekalkan kebersihan kawasan tersebut.


JANGAN LAKUKAN

  • Jangan merokok sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan gigi
  • Jangan mengorek atau menyentuh bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari atau mana-mana alatan
  • Jangan makan makanan atau minuman yang berasid, berkabonat dan panas
  • Jangan melakukan aktiviti berat
  • Jangan minum minuman dengan menggunakan straw semasa dalam proses pemulihan kerana ia akan menyebabkan pendarahan semula


Antara komplikasi yang berlaku selepas pencabutan gigi:

  • Kesakitan yang berpanjangan
  • Soket kering
  • Pendarahan berlanjutan 
  • Kesakitan berterusan dan muka kelihatan bengkak menunjukkan tandakan jangkitan/infeksi
  • Kebas yang berpanjangan


Dapatkan rawatan dengan segera diklinik atau hospital berhampiran jika berlakunya sebarang komplikasi seperti yang dinyatakan diatas!!!


Rujukan:

Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia