Pembersihan Karang Gigi

Apa itu penskaleran?

Penskaleran bermaksud mengikis atau membersihkan plak (karang gigi) atau kalkulus dari permukaan gigi atau tempat yang sulit di dalam. 

Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus, rawatan penskaleran wajib dilakukan menggunakan alat tangan atau peranti pembersihan ultrasonik dan hanya boleh dilaksanakan oleh Pegawai Pergigian sahaja. 

penskaleran 

penskaleran adalah penting

Kenapa rawatan penskaleran itu perlu?

  • Mencegah masalah gusi
  • Mencegah masalah kerosakan gigi
  • Membantu mencegah masalah mulut berbau


Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan rawatan penskaleran?

Biasanya penskaleran gigi disyorkan oleh Pegawai Pergigian 2(dua) kali setahun. Bagi yang mempunyai masalah gusi, akan disyorkan untuk membuat pembersihan gigi setiap 3 – 4 bulan.

Kajian menunjukkan bahawa bakteria patogen yang menjadi punca masalah periodontal mencapai tahap yang boleh menyebabkan penyakit di sekitar 9 hingga 12 minggu selepas pembersihan. Pesakit dinasihatkan untuk datang berjumpa doktor gigi semula selepas 3 (tiga) hingga 4 (empat) bulan, untuk mengelakkan pembiakan bakteria daripada meningkat dan menyebabkan terkena jangkitan kuman semula.

Adakah ibu mengandung selamat melakukan rawatan pembersihan karang gigi?

Ya, rawatan penskaleran adalah selamat untuk pelanggan yang mengandung dan boleh dilakukan pada bila-bila masa semasa mengandung.