FARMASI


Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan yang terdapat di Pusat Kesihatan Universiti, UPM. Ia terdiri daripada 3 bahagian perkhidmatan, iaitu;

- Pembekalan ubat-ubatan untuk Pertolongan Cemas

- Mendispen ubat kepada Pesakit Luar

- Memberi khidmat kaunseling tentang ubat-ubatan

Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan disediakan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
pesakit terhadap ubat-ubatan yang diambil dan alat bantuan perubatan yang digunakan. Perkhidmatan
ini dijalankan kepada pesakit luar sama ada secara individu atau berkumpulan. Di antara
kriteria pesakit yang dikaunsel ialah :

a) Pesakit-pesakit kronik seperti Jantung, Asthma, Diabetis Mellitus
b) Pesakit yang menggunakan alat bantuan perubatan seperti inhaler,        
    interferon pen, insulin pen dan ’nasal spray’.
c) Terapi warfarin discaj
d) Pesakit geriatrik yang mempunyai masalah pemahaman ubat