HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Seksyen Kecemasan

JIKA ANDA MENGALAMI KECEMASAN DI DALAM KAWASAN UPM, HUBUNGI TALIAN KECEMASAN 24 JAM PKU :

03-9769 7332/ 7334

 

Seksyen Kecemasan adalah seksyen utama di dalam organisasi Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Pasukan petugas terlatih sentiasa bersedia daripada segi fizikal dan mental sekiranya berlaku sebarang kecemasan di dalam kawasan kampus UPM.

Seksyen Kecemasan, PKU bertindak sebagai 'first responder' kepada warga kampus UPM dalam memberi rawatan awal yang bersesuaian. Sekiranya pesakit memerlukan rawatan dan perhatian lanjut oleh Pakar Perubatan, pesakit akan dirujuk ke Hospital yang berdekatan.

Seksyen Kecemasan memberi keutamaan kepada kes kecemasan berikut, contohnya seperti:

  • Kemalangan Jalan Raya
  • Kecederaan Sukan
  • Sesak Nafas
  • Sakit Dada
  • Keracunan Ubat/ Makanan
  • Pengsan
  • Sakit Perut
  • Sawan
  • Reaksi Alahan
  • Gigitan Haiwan Berbisa
  • Terbakar/ Melecur
  • Tercekik
  • *Demam Panas melebihi 39.4℃

    *Rujukan Demam Panas :
    http://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/



 

TINDAKAN PANTAS MENYELAMATKAN NYAWA!