Dengan kelengkapan rawatan dan peralatan yang terbaik, pihak Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan Bilik Rawatan khusus bagi kes-kes yang melibatkan kecederaan, kemalangan dan memerlukan rawatan segera.
Di antara rawatan dan prosedur yang ditawarkan di bahagian Bilik Rawatan adalah:
- Rawatan Luka dan Jahitan Kecil
- Cucian Luka Kecil
- Balutan Luka Kecil
- Pembedahan Kecil
- Elektrokardiogram (EKG)
- Rawatan Asma
- Pemberian Ubat Suntikan
- Pengawasan Kesihatan Pesakit semasa dalam rawatan
- Rawatan Cecair Intravena
- Pencucian Mata
- Pencucian Telinga
En. Wan Mohd Halin Wan Mohamed
Ketua Unit Kecemasan
Penolong Pegawai Perubatan
Advance Emergency Medical and Trauma Care (AEMTC)
T - 603 8946 7334
F - 603 8946 8878
E - halin_mohamed@upm.edu.my