Pemeriksaan Kesihatan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan

Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan


Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan merupakan unit selia-urus bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, yang merangkumi pemeriksaan kesihatan elektif yang disediakan bagi kemudahan para pelajar semasa dan pelajar baru, staf UPM serta orang awam yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Unit ini melaksana dan mengawas proses-proses yang terlibat sepanjang sesebuah pemeriksaan dijalankan. Kesemua borang akan disaring dan pemeriksaan-pemeriksaan yang diperlukan akan dijalankan. Para pegawai perubatan dan pegawai pergigian di Pusat Kesihatan Universiti UPM akan memastikan pemeriksaan kesihatan anda diberikan perhatian terbaik.

Di antara jenis pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan adalah:

  • Biasiswa
  • Posisi Insurans
  • PALAPES/SUKSIS
  • Pemeriksaan Kesihatan 40 Tahun Ke Atas
  • Kemasukan Pekerja Baru UPM/Agensi Luar Tertentu
  • Tadika UPM
  • Sekolah Berasrama Penuh
  • Kemasukan IPTA/IPTS

dan lain-lain pemeriksaan kesihatan yang berkenaan.

 

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan PKU di talian berikut:

 

SR. Salmah Uzairi
Ketua Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan

T - 603 8946 7342
F - 603 8946 8878
E - saluzairi@putra.upm.edu.my

 

Terima kasih.

 

Kemaskini:: 29/08/2017 [syahid]

PERKONGSIAN MEDIA

C1506260978