PKU | EKSA

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Kempen AMAL EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM telah sempurna dilancarkan pada tanggal 21 April 2017 oleh YBhg. Dr. Hjh. Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan UPM merangkap Penaung kempen ini. Ucaptama majlis ini telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Dasrilsyah Syahrial selaku Pengerusi EKSA PKU UPM. Hari EKSA PKU telah ditetapkan pada hari Jumaat setiap minggu, di mana semakan amalan EKSA akan dijalankan berdasarkan keperluan piawaian yang telah ditetapkan oleh Buku Panduan EKSA PKU UPM. Kami berharap pelaksanaan EKSA di Pusat Kesihatan Universiti ini dapat memberi imej baharu terhadap PKU dan menyemarakkan lagi daya kreativiti warga PKU serta menyumbang ke arah kempen "Kampus Hijau" Universiti Putra Malaysia. Bersama AMAL EKSA!

                     

 

AUDIT DALAMAN EKSA PKU 

 

AUDIT DALAMAN EKSA PKU telah dijalankan pada 3 Oktober 2017. En Noor Mohamad bin Shakil Hameed dari Fakulti Kejuruteraan yang merupakan salah seorang peneraju aktiviti EKSA di UPM, dan Encik Mohd. Sahrizan bin Mat Yatim dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah mempunyai akreditasi EKSA MAMPU telah sudi menjadi panel auditor dan menilai tahap penerapan elemen EKSA di PKU. 

Proses pengauditan telah dijalankan bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh AJK Pengurusan PKU, AJK Pelaksana EKSA PKU dan Ketua-ketua Zon EKSA di PKU. Sesi audit dipengerusikan oleh Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Fauziah Adnan. Sesi dimulakan dengan pengenalan penerapan EKSA oleh Tuan Pengerusi EKSA PKU, Dr. Dasrilsyah Syahrial. 

Lawatan audit telah dibuat di keseluruhan kawasan EKSA di PKU, berakhir kira-kira jam 1.30 petang. Laporan ringkas telah diberikan oleh pihak auditor, yang secara umumnya berpuas hati dengan elemen-elemen EKSA yang telah diterapkan dengan beberapa cadangan penambahbaikan.