6 BULAN YANG SINGKAT NAMUN PENUH BERMAKNA | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » 6 BULAN YANG SINGKAT NAMUN PENUH BERMAKNA

6 BULAN YANG SINGKAT NAMUN PENUH BERMAKNA

26 Disember 2023 - Perjalanan sebenar baru sahaja bermula. Setelah tamat 6 bulan Encik “S” bersama Pasukan Mquit PKU (Pusat Kesihatan Universiti) UPM (Klinik Berhenti Merokok) hari ini sesi program telah sampai ke penghujungnya. 

Walaupun diuji dengan beberapa kekangan, namun ianya tidak mematahkan semangat untuk Encik “S” meneruskan azamnya. Ini semua atas jati diri yang ada tersemat dalam diri Encik “S”. Kini usahanya membuahkan hasil.

Sepanjang berada di dalam Program Berhenti Merokok ini, Encik “S” telah dibimbing oleh Dr Nor Shafikah Diana Iskandar, Matron Nurhazalina Mohamad dan Sn Noor Mazzeatul Aini Zainuddin. Walaupun terdapat limitasi perhubungan bersemuka atas beberapa faktor sebagai seorang pelajar di UPM, namun ianya bukanlah menjadi penghalang bagi Pasukan Mquit membantu Encik “S” bermula daripada 5 Jun 2023 sehingga 5 Disember 2023.

 

 

 

Di sini kami kongsikan sedikit bingkisan perhargaan daripada Encik “S” untuk Pasukan Mquit PKU UPM.

“Terima kasih Dr Shafikah, Matron Nurhazalina dan Sn Aini yang telah membantu saya selama 6 bulan untuk proses berhenti merokok ini. Jujur, mereka bertiga bukan sekadar memberi bantuan untuk berhenti merokok malah lebih kepada bantuan dari segi psikologi dan kerana itulah yang mendorong saya untuk kekal dalam program ini. 6 bulan merupakan satu tempoh yang begitu lama tapi 6 bulan bersama mereka terasa tidak mencukupi. Sekali lagi terima kasih kerana membantu saya.”

Sesi penyerahan sijil tamat program dan cenderahati dari pihak Mquit PKU UPM telah diadakan pada 26 Disember 2023. Ketua Pusat Kesihatan Universiti Dr Fauziah Adnan juga hadir menyantuni sesi ini dan menyerahkan sijil kepada Encik “S”. 

 

 

Kami dari pasukan Mquit PKU dan seluruh warga kerja PKU UPM ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas usaha dan kejayaan peribadi  terbesar pernah dicapai oleh Encik “S”. Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan contoh dan pembakar semangat kepada anda di luar sana untuk sama-sama meninggalkan merokok. 

Tarikh Input: 26/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcMA2~