SESI LIBAT URUS PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PEMIMPIN PELAJAR | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » SESI LIBAT URUS PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PEMIMPIN PELAJAR

SESI LIBAT URUS PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PEMIMPIN PELAJAR

Serdang, 9 Nov: Pusat Kesihatan Universiti UPM telah melaksanakan satu sesi program Libat Urus bersama Pengurusan Kolej Kediaman dan Pemimpin Pelajar baru-baru ini di Bilik Seminar, PKU UPM.

Program yang diketuai oleh En Mohamad Fiddezuan bin Ahmad Murad, Pegawai Tadbir PKU ini  bertujuan dalam memastikan ketercapaian maklumat perkhidmatan dan visibiliti PKU kepada warga kampus dapat dilestarikan secara holistik. Pada masa yang sama sesi libat urus ini merupakan platform yang baik dalam mengenalpasti isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat kolej kediaman berhubung kemudahan dan perkhidmatan PKU kepada pelajar.

Sehubungan dengan itu, program ini dilaksanakan dan diharapkan dapat menambahbaik fungsi PKU UPM secara holistik kepada warga kampus.

Turut hadir ke program ini YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM, Barisan Pegawai Tadbir Kolej-Kolej Kediaman UPM, Majlis Perwakilan Pelajar serta jemputan dalaman PKU UPM.

 

Tarikh Input: 22/11/2023 | Kemaskini: 22/11/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcDAQ~