Pusat Kesihatan Universiti dengan sukacitanya menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk pelajar UPM. Sila layari pautan disediakan untuk maklumat mengenai skim perubatan pelajar.
Pusat Kesihatan Universiti Universiti Putra Malaysia dengan sukacitanya menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk staf UPM dan tanggungan, termasuk khidmat rawatan perubatan, rawatan pergigian, diagnostik makmal dan pengimejan serta perkhidmatan pembedahan kecil dan rawatan sampingan. Pihak Pusat Kesihatan Universiti juga menyediakan perkhidmatan persediaan perubatan bagi majlis-majlis rasmi dan aktiviti-sktiviti sukan di dalam dan di luar UPM.
Sila rujuk di Bahagian Perubatan dan Perhubungan Pekerja, Pejabat Pendaftar UPM bagi mengetahui peraturan-peraturan am berkenaan kemudahan perubatan dan kelayakan anda atau untuk maklumat lanjut, klik link yang disediakan.
WASPADA FENOMENA EL NINO MENYEBABKAN KELESUAN HABA DAN STROK HABA.
Cuaca panas ini berlaku pada saban tahun bermula pada setiap Februari hingga Mei dan dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh mencecah 35 darjah Celcius.
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN (I-CHANGE) DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Sasaran program ini secara umumnya adalah untuk bersama-sama mengurangkan faktor risiko kes-kes penyakit kronik dikalangan staf UPM selain meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyakit kronik