PKU PERKASA PROMOSI KESIHATAN DI KARNIVAL KESIHATAN PUTRA 2026
Serdang, 21 April 2026 – Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM telah menyertai Karnival Kesihatan PUTRA anjuran MPP sesi 2025/2026 bagi memperkasa promosi kesihatan dalam kalangan warga kampus. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk saringan kesihatan, pameran kesihatan reproduktif serta ceramah kesedaran.
PKU turut bekerjasama dengan Pusat Darah Negara dalam kempen derma darah, dengan 118 daripada 148 pengunjung berjaya menderma. Program ini mencerminkan komitmen PKU dalam memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat universiti.