PKU SANTUNI MURID SK KUALA POMSON MELALUI PROGRAM CELIK PENGGUNA : KOMUNITI BERINFORMASI
Bahagian Kesihatan Awam (BKA), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM dijemput menyampaikan seminar kesihatan dalam Program Celik Pengguna: Komuniti Berinformasi di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, yang disertai 120 murid dan ibu bapa. Dr. Aditya Adawiah Darwis memberikan penerangan mengenai pemakanan sihat, kebersihan diri, dan teknik cuci tangan secara interaktif.