MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS KETUA PKU UPM | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS KETUA PKU UPM

MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS KETUA PKU UPM



disediakan oleh: Pn. Noor Baizura Mohd Safifee
disunting oleh: Opie Bamad

Serdang, 1 Apr -  Satu Majlis Apresiasi dan serah tugas Ketua PKU UPM  telah diadakan di Bilik Seminar PKU UPM yang telah dihadiri oleh barisan Ketua Bahagian, Ketua Seksyen dan Ketua Unit serta AJK majlis.

 

Majlis meraikan YBrs. Dr. Fauziah Adnan yang telah menyandang jawatan Ketua PKU UPM mulai Februari 2016 hingga 31 Mac 2024 Majlis ini  merupakan acara simbolik penyerahan tugas dan tanggungjawab Ketua PKU UPM kepada YBrs. Dr. Arma Noor. 

 

Warga PKU UPM mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Fauziah Adnan atas jasa dan perjuangan beliau sepanjang menyandang jawatan Ketua PKU UPM dengan cemerlang.

 

Akhir sekali , warga PKU UPM mengucapkan ribuan tahniah kepada YBrs. Dr. Arma Noor atas lantikan sebagai Ketua PKU UPM berkuatkuasa mulai 1 April 2024.

 

Kalau mencari buah asam;

Biar lebih jangan kurang;

Kuatkan semangat tekadkan azam;

Insyaallah kejayaan dengan cemerlang.

Tonton video disini https://vt.tiktok.com/ZSFVgeNh4/

Date of Input: 03/04/2024 | Updated: 03/04/2024 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEeDAR~